//Sweet Chocolate

De'Owner


Annyeong Chocolate(s) . Welcome to my Chocolate World . We are Tira and Iffa or TIFA , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at our Tagboard . Kamsahamnida .



Tagboard



Sing-A-Song ~



Credits


Template by : Farah Dini
Basecodes by : Nurul AtiQah
Edited by : TIFA TIFA
Others:

----------------------------------------- Copyright© by Farah Dini 2012
-----------------------------------------
7 November 2012
Salam...


Sihat semua?
Semoga sihat yer...
Hari ini semua pelajar petang ada program Doktor Muda di Dewan Asrama
Sebelum bermulanya program tersebut,
Ketua tingkatan dipanggil ke belakang untuk mengirakan duit pelajar yang membayar duit T-shirt...
Kemudian, program Doktor Muda pun bermula bersama ceramah jemputan iaitu Ustaz Muliade

Pelbagai perkara yang kami pelajari...
Ada sesi menangis juga...
Ada sesi ketawa...
Tapi yang pasti tiada rasa ngantuk langsung...
Malahan makin bersemangat....
Semoga cikgu menjemput Ustaz Muliade lagi pada masa akan datang...
Kami tidak memanggil beliau dengan panggilan ustaz tapi dengan panggilan 'ABAH'
Abah juga banyak memberi kata semangat..
Sentiasa menasihati kami...
Malahan kami tidak menyangka abah juga boleh menari 'Oppa Gangnam Style'...
Tertawa kami dibuatnya...

Apa-apa pun...
Terima kasih daripada kami kepada abah kerana sudi datang
Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang menjayakan program tersebut dan juga kakak-kakak... abang-abang yang menyumbangkan tenaga untuk melancarkan segalanya...
Kami betul-betul hargai...
Insya-Allah... kami akan menjadi pelajar terbaik... Amin...

Kemudian,
Selesai sahaja program tersebut...
Kami pulang ke sekolah....
Ada beberapa pelajar Tingkatan 1 yang dipanggil untuk membuat PBS...
Dan pelajar Tingkatan 2 ada aktiviti perbincangan di kantin...
Selepas itu, ada sedikit taklimat tentang esok...
Iaitu aktiviti School Attack dan Lawatan Ke Legoland...
Semoga perjalan kami ke Nusajaya.... di permudahkan...
Doakan keselamatan kami ... pergi dan balik...Amin...

Semoga gambar di bawah boleh dirujuk oleh anda semua .....


Ustaz Muliade


Pelajar-pelajar SMK Tun Habab yang sedang tekun mendengar ceramah...

Sekian daripada kami...
Semoga anda tidak jemu dengan coretan kami...
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih....
Saranghae...



6 November 2012
Salam kawan-kawan semua...


Apa khabar?
Sihat?
Semoga semua sihat-sihat sahaja...
Hari ini terlalu banyak PBS yang kami dapat...
Dengan PBS Sains nya...
Dengan Seni nya...
Dengan bermacam-macam lagi...
Memang penat dibuatnya...

Selesai semua PBS...
Ramai yang membuat sesi gambar di kelas masing-masing...
Ada yang mencari Cikgu Aizah untuk menghilang markah marid dengan menolong cikgu-cikgu...
Ramailah juga....
Ayu dan Tyra cuba mencari cikgu untuk meminta tolong sebab kami berdua ada marid...
Taklah banyak tapi lebihlah daripada satu
Kira banyaklah tu...
Heheheee

Kemudian...
Pelajar Muslim ada PBS Agama di bilik guru...
Masing-masing perlu membaca ayat Al-Quran dan menghafal doa Qunut...
Selepas itu,
Ada juga pelajar yang ingin menolong cikgu pada esok hari untuk menghilang markah marid...
Sampai berebut lagi...

Pelajar perempuan 1 Al-Farabi pula ada PBS Seni..
Mereka membuat binaan menggunakan straw...
Pelajar 1 Al-Alusi pula ada PBS Sejarah...
Dan pelbagai lagi aktiviti..

Semoga gambar di bawah boleh dilihat secara terperinci....


PBS Sains




Portfolio Peka Sains



Hoi Yii En ( 1 Al-Farabi ) sedang membuat PBS Sejarah



Tyra sedang membuat beberapa PBS...


Amboi, cik adik kita seorang ni! Ayu sahaja seperti namanya Ayu...

Baiklah, sampai di sini sahaja...
Semoga anda semua gembira membaca entry kami...
Sekian, terima kasih daripada TIFA..



5 November 2012
Salam 1 Malaysia kepada anda semua...


Hari ini pelbagai yang berlaku seperti ermm...
Pelajar Tingkatan 1 ada PBS di kelas masing-masing manakala pelajar Tigkatan 2 ada aktiviti lain...
Selepas rehat,
Pelajar Tingkatan 1 ada pertandingan membuat sandwich
Pelajar kelas 1 Al-Farabi telah buat yang terbaik....
Dan insya-Allah...
Jika rezeki kami... kami akan menang...
Doakan kelas 1 Al-Farabi yer....

Selepas itu...
Ada pelbagai gelagat Tingkatan 1...
Ada yang masukkan serbuk apa entah ke dalam air minuman masing-masing
Memang kelakar...

Baiklah... di bawah ini ada beberapa gambar daripada aktiviti tersebut :


Hidangan kumpulan Lara, Ayu, Tyra dan Iffa.



Semasa rehat.



Lara, Tashveena dan Ayu sedang menyediakan hidangan.


Okaylah..... setakat ini sahaja....
Sekian, terima kasih kami ucapkan... 





2 November 2012
Salam semua...

Hari ini ada pelbagai aktiviti...
Pada mulanya...
Semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 membaca Yassin... dengan diketuai oleh Muqry Aqil...
Kemudian....
Pelajar-pelajar diberikan tempat duduk mengikut kelas
Keadaan memang riuh-rendah...
Lagi-lagi kelas kami iaitu 1 Al-Farabi...
Pelbagai perkara yang dilakukan...
Ada yang menyiapkan binaan bangunan...

Ada yang membaca novel...
Selepas itu, mengikut urutan...
Pelajar-pelajar perlu menghantar buku teks..
Kemudian,
Pelajar perlu menghantar hasil binaan rumah mereka ke depan..
Pada minggu depan, pelbagai aktiviti yang lebih mencabar akan berlaku...
Antaranya, perlawanan bola sepak dan bola jaring...
Ada lawatan ke Legoland
Dan lain-lain...

Pada minggu depan, kelas 1 Al-Farabi dan 1Al-Alusi...
Akan mengambil PBS...
Tingkatan 2 akan meneruskan segala aktiviti...

Semoga aktiviti tersebut boleh dijayakan dengan lancar...
Sekian, terima kasih.

Daripada kami, Tira dan Iffa.
Terima kasih.
Gomawo....
Xie xie...